A.
AWAL MULA PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia tidak
dapat dipastikan secara tepat kapan ia bermula. Namun perkara ini dapatdilihat
kepada latar belakang sejarah kedatangan agama Islam kenegara ini yang dikenali
dengan nama Tanah Melayu. aktivitas serta kegiatan pendidikan yang berlakupada
kekuasaan Raja Melaka yang pertama yaituParameswara
(kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Syah) yangtelahmemeluk Islam pada
tahun 1414M, maka bermulalah perkembangansistem PendidikanIslam di Tanah melayu
ini. Keislamanbaginda turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan rakyat
jelata.Bagi memantapkan kefahaman tentang Islam, baginda mempelajari Islam
daripada para ulama dan pendakwah yang datang berdakwah ke Melaka.Perkara yang
sama turut dilakukan oleh raja-raja Melaka yanglain. Sebagai minat dan
kecintaan yang mendalam para pemerintahterhadap ilmu, istana dijadikan sebagai
salah satu tempat mempelajariilmu. Bukan sekedar itu saja, mereka turut
memberikansanjungan yang tinggi terhadap Ilmu
Pengetahuan Islam, Para Ulama,kitab-kitab
agama dan hari-hari kebesaran Islam. Hal inimembuktikan mereka mempunyai
perasaan cinta yang mendalamterhadap Islam dan sistem pendidikannya hasil
pengorbanan parapendakwah Islam ketika itu.
Para pemerintah Melaka turut menggalakkan rakyat
jelatasupaya memberikan perhatian yang besar dan keras terhadap amalan
agamadisamping penglibatan para pemerintah itu sendiri. Sebagai contoh perkara ini dapat dilihat dalam tindakan
Sultan Muhammad Syah apabila menyambut kedatangan bulan Ramadhan, baginda
memuliakan bulan tersebut terutama pada malam Dua Puluh Tujuh disamping
menunaikan sembahyang Tarawih di masjidbersama-sama rakyat. Begitu
juga sanjungan tinggi yang diberikanpemerintah kepada kitab-kitab agama dan
hukum-hukum agama. Salah seorang
pemerintah Melaka yaitu Sultan Mansur Syah memberikan penghormatan yang begitu
tinggi dan memuliakan KitabDarul Mazlum, yaitu sebuah kitab tasawuf
karangan Maulana Abu Ishaq dari Mekah. Kitab itu dibawa ke
Melaka oleh Maulana AbuBakar. Baginda menghantar kitab tersebut ke Pasai untuk
diterjemahkanke dalam Bahasa
Melayu. Baginda turut menghantarkan Tun Bija
Wangsa ke Pasai untuk mendapatkan penjelasan dariparaulama Pasai, Makhdum Musa
berkenaan dengan kedudukan ahlisyurga atau neraka sama ada kekal atau tidak di
dalamnya.Oleh kerana itu para pemerintah, pembesar negeri dan rakyatjelata yang
sama-sama melibatkan diri dalam mengembangkanagama dan ilmu pengetahuan Islam
di Melaka pada waktu itu, makaterdapat berbagai-bagai institusi pengajian sama
ada rumah, masjid,dan istana sebagai pusat dakwah dan aktiviti keilmuan. Sistempendidikan
Islam yang diwujudkan pada waktu tersebut ialah kelasmengaji al-Quran. Ia
merupakan pelajaran utama kepada semualapisan masyarakat walaupun tidak
dilakukan secaraformal. Pada waktu itu juga diperkenalkan huruf jawi bagi
memudahkanpenduduk tempatan mempelajari huruf-huruf Arab yangmenjadi tunjang
kepada pembacaan al-Quran. Huruf jawi adalahberindukkan huruf Arab campuran
Parsia. Ia turut mengikat satuperpaduan bahasa meliputi seluruh golongan bangsa
Melayu. Justru pembacaan al-Quran menjadi lebih mudah. Pada peringkat awal,kelaspengajian
al-Quran dilakukan di rumah guru yang mengajaral-Quran. Apabila bilangan
pelajar-pelajar mulai bertambah, kelasal-Quran kemudiannya berpindah ke istana dan masjid. Selain al-Quran yang menjadi pengajian dasar, Pendidikan
Islam di Melaka terus berkembang apabila ia turut menjadi pusat pengajian ilmu
Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan FalsafahIslam sebagai kurikulumnya.
Kegiatan yang dilakukan ini tidaklahberbeda daripada pendidikan yang dilakukan di zaman
Rasulullah,para sahabat dan tabiin. Struktur pendidikan dan
kurikulumnyahampir samayaitu
penekanan dibuat kepada pembacaan, penulisandan pengajian al-Quran di samping
ilmu-ilmu asas agama. SelainMelaka yang terkenal sebagai pusat pengetahuan
agama danpendidikan Islam.
B. SISTEM
PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM MASA PENJAJAHAN
Sejarah sistem pendidikan Islam di Malaysia pada zaman sebelumkemerdekaannya pada tahun 1957,
boleh dilihatkan semenjak dari sejarah awalnya bermula sekitar tahun 1850
hingga tahun 1956. Pada peringkat awal penempatan orang Melayu dan Cina di
Kuala Lumpur pada tahun 1850, tidak terdapat sumber sejarah yang menyatakan
telah wujud suatu sistem atau institusi pendidikan Islam yang formal di Kuala
Lumpur. Daripada catatansejarah, didapati kepercayaan dan amalan orang Melayu
Islam pada ketika itu masih terpengaruh kuat dengan unsur-unsur animisme dan
dinamisme.Sebagai contoh, pada awal kedatangan penambang Cina pada tahun 1857
untuk menjelajahi
hutan belantara yang bertujuan
untuk manambang bijih timah, mereka meminta bantuan pawang dan dukun Melayu untuk membuka kawasan
tersebut, supaya mereka tidak diganggu oleh unsur-unsur jahat seperti jin dan
hantu.Begitu juga terdapat catatan yang menyatakan bahawa masyarakat setempat
di Kuala Lumpur pernah meminta pertolongan pawang Melayu yang amat mahir dalam
menewaskan buaya yang sering memakan
manusia di Sungai Lumpur atau Sungai Gombak. Pernah digambarkan dalam sejarah
bahawa hal ini amat menakjubkan bagi pendatang berbangsa Eropa ke Kuala Lumpur
pada ketika itu.
Pada zaman pemerintahan British di Tanah Melayu,
terdapat empat aliranpersekolahan yaitu
Sekolah Vernakular di Malaysia. Kewujudan perbagai aliran persekolahan pada
masa itu disebabkan oleh sikap penjajah Inggris sendiri yang mencoba memecahkan
perpaduan kaum, ketiadaan dasar pelajaran Kebangsaan dan ketebalan sifat
kedaerahan yang dipusakai oleh setiap kaum. Sejarah persekolahan Melayu di
Tanah Melayu bermula pada tahun 1821.Apabila parapengelola Free School membuka cabangnya di Gelugor, Pulau Pinang.
Akibat campurtangan British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, beberapa buah
sekolah Melayu telah dibuka bagi menggantikan sistem pengajian al-Qur'an.
Sekolah Melayu pertama dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah di
Kelang, yaitu pada bulan September 1875.19 Sekolah Melayu Vernakular Kuala Lumpur pula ditubuhkan sekitar tahun
1880.
Masyarakat Malaysia
pada saat itu keberatan untuk menghantarkananak mereka ke Sekolah Melayu
Vernakular yang diasaskan oleh pihak British. Mereka lebih
gemar anak-anak Melayu dididik secara tradisional denganpendekatan Pendidikan dan Pembelajaran al-Qur'an di rumah-rumah mereka sendiri atau di rumah-rumah
para imam. Dalam kata lain, masyarakat Melayu pada masa itu masih menaruh
harapan yang penuh kepada pengajian tradisional yaitu pengajian al-Qur'an. Raja
Mahmud, kaum kerabat Sultan Selangor sendiri pernah berkata bahwa baginda tidak
akan menghantarkan
anaknya sendiri atau anak-anakMelayu ke sekolah kerajaan anjuran British kerana
pendidikan agama tidak termasuk dalam isi kandungan pengajaran di sekolah
tersebut. Hal ini menarikperhatian pegawai-pegawai Inggris untuk merubah sistem
pendidikan di mana waktu
pagi diajar mata pelajaran akademik seperti bahasa Melayu, Ilmu Hisab dan
Bahasa Inggris, manakala di waktu
petang pula diajar pendidikan al-Qur'an. Satu pergerakan juga pernah diadakan
antara pihak Residen Inggeris dan ketua-ketua masyarakat Melayu Kuala Lumpur
yang berminat dengan usaha memperbaiki pendidikan anak-anak Melayu Kuala Lumpur
pada tahun 1882. Rentetan dari mesyuarat tersebut juga pendekatan untuk
mewajibkan kehadiran anak-anak Melayu ke sekolah di coba untuk dilaksanakan. Namun
demikian, statistic kehadiran pelajar Melayu ke Sekolah Melayu Kuala Lumpur
sekitar tahun 1886 hingga 1888 menunjukkan angka-angka yang tidak memberikan respon. Pada tahun 1886 ,
hanya 47 orang pelajar hadir. Pada tahun 1887 hanya 36 pelajardan pada tahun
1888 hanya seramai 41 orang hadir.
Secara keseluruhannya, sehingga tahun 1891 terdapat 12 sekolah Melayu di
seluruh negeri Selangor dengan bilangan pelajar seramai 543 orang daripada
jumlah populasi masyarakat Melayu Selangor seramai 27,000 orang. Sebaliknya,
perkembangan sekolah Inggeris di Kuala Lumpur cukup pesat. Pada tahun 1893,
Victoria Institution ditubuhkan. Pada tahun 1897 Methodist Boy's School pula
ditubuhkan dan akhirnya St. John's Institution ditubuhkan pada tahun 1905. Ditambah
pula dengan sekolah-sekolah yang dikembangkankan
oleh mubaligh-mubaligh
Kristian seperti La Salle dan sebagainya. Dari segi pentadbiran pendidikan di
Kuala Lumpur pada masa itu ia terletak di bawah kerajaan negeri Selangor. Pada
tahun 1897, British telah melantik Nazir Sekolah Persekutuan bagi Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Salah satu daripada tugas pertamanya ialah menyusun sebuah
Kanun Pelajaran (Education Code) bagi semua negeri yang sebelum itu
masing-masing mempunyai kanun sendiri bagi sekolah Inggeris dan Melayu.
Seterusnya pada tahun 1906, seorang Pengarah Pelajaran dilantik bagi
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
No comments:
Post a Comment